fbpx

Nyaris maut kereta masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menyelamatkan mangsa selepas keretanya terbabas ke dalam sungai dekat sini hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

KOTA TINGGI – Perjalanan seorang wanita ke tempat kerjanya terbantut apabila kereta Proton Persona dipandu terbabas ke dalam sungai di Jalan Telujuk, Felda Air Tawar 3, dekat sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.37 pagi dan seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang terbabas ke dalam sungai.

“Ketika kejadian, pemandunya iaitu seorang wanita berumur 22 tahun dari arah Felda Air Tawar 3 dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasar Borong Song Seng.

“Kereta mangsa terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kemalangan itu, mangsa mengalami luka ringan di tangan dan kaki. Wanita itu dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI