fbpx
Warga Bangladesh yang maut (kiri) dalam runtuhan perancah pembinaan LRT 3 di Bukit Tinggi, dekat sini sini sebentar tadi.

[KEMASKINI] Satu mati, empat cedera insiden runtuhan perancah LRT 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang pekerja warga Bangladesh meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya membawa keluar mangsa pada pukul 4.20 petang.

Katanya, dalam kejadian itu, seramai tiga warga Bangladesh dan seorang lagi warga Indonesia dilaporkan cedera.

“Secara keseluruhan, terdapat lima mangsa dengan seorang daripada mereka meninggal dunia. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan dua pekerja warga asing cedera manakala seorang lagi masih tertimbus dalam runtuhan perancah pembinaan laluan LRT 3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 2.15 petang. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN