fbpx

‘Keluarga susah, tengok pak cik itu macam bapa saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK minta maaf kerana terlalu beremosi dan mengeluarkan kata-kata kesat berhubung video tular seorang warga emas dimalukan dalam media sosial.

PETALING JAYA – Penyanyi rap MK kecewa dengan tindakan suami kepada pengasas butik terkenal tempatan, Bella Ammara, yang memalukan seorang warga emas dalam khalayak ramai.

Mengakui terlalu beremosi sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap lelaki bernama Carl itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bagaimanapun memohon maaf atas keterlanjuran kata termasuk menawarkan wang tunai RM50,000 kepada warga emas berkenaan.

“Minta maaf, emosi sangat dan fikiran tidak betul. Saya terima teguran dan nasihat semua. Ada jalan yang betul dan lebih baik untuk tolong.

“Maafkan saya. Saya juga bodoh juga dan hanya manusia biasa marah ikut emosi. Tapi yang ini saya ikut tolong. Pak cik sabar sekejap. Kita agihkan semua sama rata ikut mana mampu,” kata pelantun lagu Ciao itu dalam IG Story.

Kata anak seni kelahiran Negeri Di Bawah Bayu, Sabah itu, dia jarang ingin masuk campur hal-hal berkaitan isu semasa namun apa yang dilakukan lelaki berkenaan sangat melampau.

“Bukan ‘style’ saya mahu ikut masuk campur hal-hal berkaitan isu semasa ini. Tapi kes ini melampau betul cara orang itu layan pak cik. Jangan ingat apabila berjaya, anda senang boleh buat apa yang anda mahu. Macam tiada otak. Pak cik itu orang tua lagi.

“Saya daripada keluarga susah, orang susah. Saya nampak pak cik itu macam saya nampak bapa saya. Niat sama cara itu memang tidak ngam. Maaf emosi sikit,” ujar MK, 25.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang usahawan jenama tempatan menyampaikan nasihat dan kata-kata motivasi kepada seorang warga tua namun dengan biadap.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat transit gelandangan di ibu negara ketika usahawan terbabit hadir menyampaikan sumbangan.

“Semasa muda dulu menyesal tak banyak main dan tak buat betul-betul?,” tanya lelaki itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI