fbpx

Tropicana cari rakan kerjasama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek hartanah bercampur, Tropicana Danga Cove yang telah mencatat jualan lebih daripada 95 peratus daripada pembeli.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Tropicana Corporation Bhd. (Tropicana) kini mengintai peluang untuk menjalin kerjasama baharu sempena ulang tahun ke-25 Program Perkongsian Pintarnya yang telah berjaya menghasilkan pelbagai pembangunan ikonik di negara ini.

Pengasas dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tan Chee Sing berkata, program Perkongsian Pintar Tropicana bermula pada 1996 apabila Kumpulan melaksanakan kerjasama strategik dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan perbandaran seluas 164 hektar di Tropicana Indah Resort Homes.

Menurut beliau, pada tahun 2010, Kumpulan berkongsi dengan Iskandar Waterfront Sdn. Bhd. untuk membangunkan pembangunan bercampur seluas 14.9 hektar, dikenali sebagai Tropicana Danga Bay, Johor.

Sejak itu, Tropicana telah dijemput menyertai pelbagai kerjasama dengan syarikat besar tempatan dan luar negara seperti Ivory Properties Group, Marriott International, HK-listed Agile Property Holdings Ltd., GEMS Education, MBI Incorporated, Tenby Schools dan Temokin Development Sdn. Bhd.

“Sehingga kini, Kumpulan te­lah bekerjasama dengan 11 entiti dan menyiapkan lebih 45 projek daripada pembangunan bercampur, perbandaran, kediaman mewah, sekolah antarabangsa, pusat beli-belah sehinggalah hotel bertaraf dunia dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM13 bi­lion,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Chee Sing berkata, pihaknya berbesar hati dengan kepercayaan yang telah diberikan dan disokong pengurusan berkebolehan serta tenaga kerja yang komited, Tropicana kini bersedia untuk menerima keha­diran lebih ramai rakan kerjasama.

“Kami juga memiliki lebih 849 hektar bank tanah dengan GDV lebih RM77 bilion di lokasi strategik di Lembah Klang, Genting Highlands, Langkawi dan Johor.

“Untuk memacu daya tahan perniagaan dan meningkatkan rancangan pengembangan, kami mengajak pemilik tanah untuk bergabung dan memanfaatkan kepakaran kami.

“Kumpulan juga mengalu-alukan mana-mana syarikat untuk bekerjasama membangunkan bank ta­nah secara bersama-sama,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI