fbpx

Sultan Selangor titah tarik darjah kebesaran perasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya kurniaan Darjah, Bintang Kebesaran serta Pingat negeri bagi pegawai kerajaan dan ahli politik yang didapati melakukan kesalahan rasuah akan ditarik balik.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa dukacita apabila mengetahui beberapa pegawai kerajaan di negeri ini terlibat dengan kegiatan rasuah, baru-baru ini.

“Baginda menegaskan bahawa pegawai kerajaan di Selangor yang didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah perlu dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

“Kegiatan rasuah boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah dapat dibanteras di negeri ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI