fbpx

Polis rakam keterangan penganjur kursus langgar SOP, menari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu menari tanpa mengenakan pelitup muka dalam program berkenaan.

SHAH ALAM – Polis telah merakam keterangan daripada pihak penganjur kursus pemantapan pimpinan sebuah parti politik berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel di Glenmarie di sini, April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya kini dalam melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat pendakwa raya (DPP) untuk tindakan seterusnya.

“Kita telah panggil pihak penganjur namun ada satu perkara perlu diselesaikan sebelum diserahkan kepada DPP,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Beliau menegaskan kejadian berlaku pada April lalu dengan ketika itu dibenarkan untuk mengadakan program atau majlis namun disebabkan berlakunya pelanggaran, maka siasatan dijalankan kini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan video tular berhubung sekumpulan individu menari tanpa memakai pelitup muka dipercayai dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah hotel di Glenmarie di sini, April lalu.

Ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan keluarga kepada suspek terlibat sindiket pengedaran terhadap tembakan dilepaskan yang dianggap berbahaya kerana terdapat anak suspek di dalam kenderaan semasa kejadian, Arjunadi menjelaskan siasatan berhubungnya akan dilakukan secara terperinci dengan kertas siasatan telah dibuka.

“Saya tidak mahu bagi komen secara melulu kerana proses siasatan masih berjalan,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI