fbpx
PASANGAN negara mengakhiri saingan di kedudukan ke-19 selepas dua perlumbaan dan mempunyai peluang pada baki lapan saingan untuk perbaiki kedudukan. - TWITTER NOC MALAYSIA

Ombak tinggi rencat aksi pelayar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKSI gandingan pelayar negara, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali untuk mencari kedudukan terbaik pada aksi pembukaan Acara 470 International wanita sedikit terganggu apabila hanya mengakhiri saingan di kedudukan ke-19 keseluruhan sebentar tadi.

Juni mengakui ini kali pertama dia dan rakan sepejuangannya menghadapi ombak setinggi kira-kira 2 meter tetapi ia tidak menjejaskan usahanya untuk menamatkan dua perlumbaan tersebut.

Dalam perlumbaan di Enoshima itu, gandingan tersebut memperoleh kedudukan ke-18 pada perlumbaan pembukaan sebelum menamatkan perlumbaan kedua di kedudukan ke-20.

“Keadaan angin yang sangat kuat dan ombak yang sangat tinggi baik untuk kami. Sepanjang beraksi dalam sukan ini, pertama kali saya jumpa ombak besar setinggi 2 meter macam ini.

“Ketinggian ombak tersebut hingga saya tak nampak bot di hadapan saya. Apa pun secara keseluruhan saya amat gembira dengan dua perlumbaan ini,” kata Juni kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Nuraisyah enggan berputus asa dengan keputusan yang mereka peroleh dan bertekad untuk mencari keputusan lebih baik dalam baki perlumbaan nanti.

“Saya sangat gembira dengan tugas pertama kami ini dan kami tahu di mana tahap kami. Ini kali pertama saya berdepan keadaan mencabar kerana di Langkawi angin agak perlahan.

“Pada perlumbaan esok kami akan berusaha dengan lebih gigih dan perbaiki keputusan dengan lebih baik,” ujarnya.

Gandingan negara itu perlu berusaha memperbaiki kedudukan dalam baki lapan perlumbaan memandangkan hanya 10 pasukan terbaik akan layak ke perlumbaan perebutan pingat. – K! ONLINE

POPULAR