fbpx

Netizen minta petua lelaki nikah dua serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan yang cantik. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan majlis pernikahan seorang lelaki dengan dua wanita secara serentak menjadi tular di internet dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Dalam majlis yang dikatakan berlangsung di Lombok itu, seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan cantik.

Turut berada di hadapan mereka ialah seorang lagi lelaki dipercayai jurunikah kelihatan bersiap sedia untuk menikahkan pasangan tersebut. 

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh tetamu yang duduk di atas sebuah permaidani di hadapan pasangan pengantin.

“Tular lelaki dari Lombok nikahi dua wanita sekali gus. Kedua-duanya cantik dan masih muda,” tulis pengguna akaun @smart.gram dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Rata-rata pengguna mengagumi lelaki tersebut dengan meninggalkan komen yang meminta agar mereka turut diajar ‘ilmu’ kahwin dua secara serentak.

“Ambil saya jadi muridmu,” komen seorang netizen.

“Mari kita berguru dengannya @bima_anugrah05,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI