fbpx

Siswazah menganggur meningkat lebih 200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bilangan siswazah menganggur meningkat kepada 202,400 orang tahun lalu, pertumbuhan sebanyak 22.5 peratus berbanding 165,200 yang direkodkan pada 2019, berdasarkan Statistik Siswazah 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan.

Siswazah dalam laporan ber­kenaan ditakrifkan sebagai individu yang memperoleh sijil ter­tinggi daripada universiti, kolej, politeknik dan badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, persekitaran ekonomi kurang memberangsangkan pada 2020 dan kesannya kepada kedudukan pasaran buruh telah menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 37,200 orang.

“Justeru, kadar pengangguran siswazah pada 2020 naik sebanyak 0.5 mata peratus kepada 4.4 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun sebelumnya.

“Lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja yang mana hampir separuh menganggur bagi tempoh kurang dari tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Gambar hiasan

Menurut Mohd. Uzir, satu lagi dimensi untuk menilai pengliba­tan siswazah dalam pasaran buruh adalah mereka yang be­kerja tetapi tidak dapat digunakan sepenuhnya, atau lebih dikenali sebagai guna tenaga tidak penuh.

Jelasnya, siswazah yang be­kerja dalam kategori separuh mahir dan berkemahiran rendah diklasifikasikan sebagai guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran memandangkan pekerjaan mereka tidak sepadan de­ngan tahap kelayakan mereka.

“Kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran dalam kalangan siswazah meningkat kepada 31.2 peratus, melibatkan 1.36 juta orang.

“Keadaan ini dapat dikaitkan dengan jumlah kekosongan jawatan lebih rendah di sektor ekonomi pada 2020, yang mana bilangan jawatan kosong kategori mahir berkurangan sebanyak 16.1 peratus,” katanya.

Selain itu, Mohd. Uzir berkata, seramai 5.36 juta siswazah direkodkan pada 2020 dan peningkatan bilangan siswazah setiap tahun seiring dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan tinggi dalam meningkatkan taraf hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI