fbpx
Lelaki tersebut sedang cuba menidurkan bayinya yang sering berjaga pada waktu malam. – Instagram @video_medsos

Bayi enggan tidur, bapa ‘ugut’ bagi adik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi sensasi internet kerana aksi lucunya yang sedang cuba menidurkan anak sambil meleteri bayi tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @video_medsos itu, lelaki tersebut sedang cuba menidurkan bayinya yang sukar  tidur pada waktu malam.

Sambil bercakap kepada bayinya, lelaki itu berkata bahawa sekiranya bayinya berterusan enggan tidur, dia tidak dapat memberikan adik baharu kepada bayinya itu.

“Kalau sudah pukul 9, kamu perlu tidur. Kamu cakap mahu adik, sudah lewat baru kamu mahu tidur. Jadi, bagaimana ayah boleh berikan kamu adik?” kata lelaki tersebut dalam video itu.

Bayinya hanya memandang tepat ke arahnya dengan reaksi muka yang bersahaja kerana tidak memahami percakapan bapanya itu. 

Video yang menerima lebih 12,000 tontonan itu menjadi perhatian netizen yang terhibur melihatkan keletah lelaki tersebut.

“Anaknya masih bayi sudah mahu tambah lagi seorang. Semangat betul,” tulis seorang netizen.

“Pandai-pandai sahaja bapanya. Sejak bila bayi boleh bercakap bahawa dia mahu adik?” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN