SEPANG – Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi ribuan warga asing yang tinggal lebih masa di Malaysia apabila mereka diberi peluang untuk pulang ke negara asal masing-masing secara sah oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Walaupun terpaksa berkampung selama beberapa hari dan tidur beralaskan beg pakaian di tingkat 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun rata-rata daripada mereka tetap reda demi mendapatkan surat kebenaran keluar dari negara ini secara sah. Menerusi Program Rekalibrasi Pulang PATI yang dilaksanakan JIM di KLIA……














