fbpx

Osaka gagal ambil kesempatan aksi di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA tersingkir daripada saingan selepas tewas kepada Vondrousova sebentar tadi pada aksi pusingan ketiga. - AFP

TOKYO – Pemain tenis No. 2 dunia dari Jepun, Naomi Osaka tidak dapat membendung perasaan kecewa apabila tersingkir daripada temasya Sukan Olimpik 2020 selepas tewas pada aksi pusingan ketiga di tangan Marketa Vondrousova sebentar tadi.

Pada aksi di Pusat Tenis Ariake itu, Osaka yang juga pembawa obor Olimpik pada upacara pembukaan Jumaat lepas gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selepas tewas straight-set 1-6, 4-6 kepada wakil Republik Czech itu.

Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan kesemua tiga pemain pilihan utama termasuk Ashleigh Barty dari Australia dan Aryna Sabalenka (Belarus) tersingkir awal pada temasya kali ini.

Kata Osaka, kekalahan tersebut cukup pahit untuk ditelan terutama apabila impiannya menjadi atlet Jepun pertama meraih pingat emas Sukan Olimpik tidak kesampaian.

“Saya rasa ini adalah kekecewaan terbesar dalam karier saya. Saya tidak tahu dimana kesilapan saya tetapi kemungkinan besar kekurangan aksi di peringkat kompetitif menjadi faktor utama.

“Selain itu, tekanan yang tinggi untuk meraih pingat emas juga menjadi salah satu punca. Namun, setidaknya saya tidak tersingkir seawal pusingan pertama,” kata pemenang kejohanan Grand Slam sebanyak empat kali itu.

Sebagai rekod, Osaka sudah hampir dua bulan tidak beraksi di peringkat kompetitif sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis susulan kritikan hebat yang diberikan kepadanya yang mahu memboikot sidang media pada kejohanan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI