fbpx

Negeri Sembilan tumbang di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang TFC II, Jordan Mintah (kanan) meraikan jaringannya pada minit ke-66 bersama rakan sepasukan, Muhammad Syafik Ismail, ketika bertemu Negeri Sembilan, sebentar tadi.

KUALA TERENGGANU – Hasrat Negeri Sembilan untuk merampas takhta Liga Perdana tidak kesampaian apabila tumpas 0-1 kepada Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, sebentar tadi.

Kekalahan itu memaksa skuad kendalian K. Devan kekal di tangga kedua mengumpul 23 mata, satu mata di belakang Sarawak United manakala TFC II yang memungut 22 mata berada di kedudukan ketiga.

Peluang terbaik tuan rumah menjelma menerusi pertahanan tengah, Argzim Redzovic namun tandukan pemain import tersebut berjaya dikeluarkan di atas garisan gol pada minit ke-35.

Skuad Hoben Jang Hoben pula terpaksa menanti minit ke-43 untuk menguji pintu gol TFC II menyaksikan sepakan percuma Thierry Akono gagal menewaskan penjaga gol lawan.

Enam minit bersambung babak kedua, penjaga gol Negeri Sembilan, Damien Chien Khai Lim, lebih pantas menafikan rembatan deras Hairiey Hakim Mamat bagi mengekalkan kedudukan 0-0.

Serangan bertubi-tubi tuan rumah hampir membuahkan hasil malangnya tolakan Amirul Syazwan dari dalam kotak penalti sekadar menggegar palang gol pada minit ke-56.

TFC II akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-66 menerusi sepakan percuma penyerang, Jordan Mintah sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah TFC II bagi 12 perlawanan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI