fbpx
BEREGU lelaki negara ini sepatutnya tidak berdepan masalah besar untuk menewaskan lawan mereka untuk ke suku akhir. - AFP

Misi buru slot ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun pada aksi terakhir Kumpulan D Sukan Olimpik Tokyo 2020 menentang wakil Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura di Musashino Forest Sports Plaza pada pukul 6.30 petang nanti.

Mereka perlu memastikan kemenangan ke atas gandingan tidak ternama itu bagi mengiringi jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan ke peringkat suku akhir.

Ahsan-Setiawan sudah memastikan tempat ke peringkat suku akhir lebih awal selepas muncul juara Kumpulan D apabila mencatat kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, perseorangan wanita negara, Soniia Cheah juga mendapat ‘bye’ ke atas pemain Hungary, Laura Sarosi bagi aksi Kumpulan N selepas lawannya itu menarik diri akibat kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN