fbpx

Kampung Kesang popular sebab Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diaz menyumbang emas pertama dalam sejarah negaranya semalam apabila mengetepikan cabaran penyandang juara yang juga peserta pilihan dari China, Liao Qiuyun bagi acara angkat berat wanita kategori 55kg.

JASIN – “Walaupun pingat emas itu bukan untuk Malaysia, namun apabila dia (Hidilyn Diaz) sebutkan satu persatu nama Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka di atas pentas dunia, saya sangat terharu dan berbangga dengan pencapaiannya,” katanya.

Itu luahan Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Ahmad Janius Abdullah, yang namanya turut disebutkan Diaz ketika menzahirkan ucapan terima kasih mengenai bantuan serta dorongan diberikan sebelum berjaya memenangi pingat emas Olimpik Tokyo 2020.

Menurut Ahmad Janius, dia telah membawa Diaz pulang pulang ke kampung halamannya mentuanya di Kesang Tua pada 16 September tahun lalu selepas atlet itu terkandas di negara ini akibat pandemik Covid-19.

“Saya bawanya ke sini selepas dia meluahkan mengalami masalah mencari tempat berlatih susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun dia seorang yang mementingkan kesempurnaan fasiliti, namun dia cepat menyesuaikan diri dengan kemudahan yang ada dan berlatih di sini sehinggalah saat akhir sebelum berangkat ke Tokyo, Jepun pada 18 Julai,” katanya ketika ditemui di Kesang Tua, di sini, hari ini.

Jelasnya, dia telah mengubah suai garaj di hadapan rumah mentuanya itu untuk dijadikan tempat latihan angkat berat dan Diaz melakukan latihan selama tujuh jam sehari.

“Dia sangat fokus dalam latihannya dan sekiranya ada yang kurang selesa seperti masalah getah di platform dia akan berterus-terang dan saya akan memperbaiki keadaan,” katanya.

Ujarnya, sepanjang kira-kira 10 bulan menjalani kehidupan di perkampungan Melaka, atlet itu tidak kekok untuk bergaul dengan penduduk tempatan malah turut berkongsi pengalamannya dengan pelapis muda di negeri ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI