fbpx

Hanya 4,095 haiwan ‘korban’ Aidiladha kali ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah penyembelihan haiwan untuk korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada minggu lalu merekodkan hanya 4,095 ekor sepanjang empat hari perayaan itu.

Menerusi infografik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam laman web rasminya, ia meliputi masing-masing 3,372 ekor lembu atau kerbau dan 723 ekor kambing atau bebiri.

Jumlah berkenan jauh lebih kecil berbanding unjuran permintaan yang dianggarkan sebanyak 39,172 ekor lembu atau kerbau serta 21,949 ekor kambing atau bebiri untuk seluruh negara.

Namun, angka direkodkan itu hanya melibatkan 27 rumah sembelihan milik DVS dan 35 premis swasta yang dilesenkan pihak jabatan tersebut tanpa melibatkan masjid atau surau.

Berdasarkan infografik DVS, ibadah korban banyak direkodkan ketika hari tasyrik pertama pada 21 Julai lalu dengan 1,504 ekor yang meliputi sejumlah 1,278 ekor lembu atau kerbau.

Peserta program tersebut juga kebanyakannya lebih memilih rumah sembelihan diuruskan pihak swasta berbanding milik DVS sendiri pada keempat-empat hari perayaan berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI