fbpx

Melodi jadikan saya hos termuda – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIADA lagi Janna dan Awal dalam Melodi.

PETALING JAYA – Sehari selepas mengacarakan Melodi buat kali terakhir, Janna Nick, 26, melayangkan terima kasih kepada pasukan Melodi yang memberikannya pengalaman berharga hampir empat tahun mengendalikan program hiburan itu.

Janna berkata, peluang yang diraih di landasan terawal dalam rancangan hiburan buat pertama kali itu bukan hanya menyuntik ilmu pengacaraan, malah menjadikannya hos termuda Melodi.

“Terima kasih Melodi kerana menyumbang kenangan terindah dan pengalaman yang teramat berharga dalam perjalanan kerjaya seni saya.

“Selain itu, menjadikan saya seorang pengacara termuda di Melodi dan menjadi platform pertama yang mengajar erti pengacaraan,” katanya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyertai keluarga besar Melodi pada tahun 2018 iaitu ketika berusia 22 tahun.

Semalam adalah penampilan terakhirnya bersama hos gandingan, Awal Ashaari dalam program tersebut. Awal mengacarakan rancangan itu sejak lapan tahun lalu.

Pada masa sama, bintang Marry Me Senorita itu turut merakamkan penghargaan serupa kepada dua rakan gandingannya dan hos pengganti mereka, Nabila Huda.

“Terima kasih rakan pengacara yang selalu menceriakan hari Ahad saya, Ajak dan Awal Ashaari! Semua produksi Melodi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Dia juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pengacara baharu rancangan tersebut, Nabila Huda, yang akan mengendalikan Melodi bermula minggu depan.

Sementara itu, selain Melodi, TV3 turut melaksanakan rombakan penyiaran bermula Ogos ini membabitkan dua lagi program popular stesen berkenaan.

Perubahan besar jelas dilakukan pihak pengurusan terhadap barisan pengacara baharu untuk rancangan majalah, Nona dan hiburan, Muzik-Muzik.

Nona yang sebelum ini dihoskan pelakon, Mira Filzah bakal digantikan dengan Amyra Rosli, manakala penyanyi, Sissy Iman pula bakal mengendalikan Muzik- Muzik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI