fbpx

‘Jodoh dengan Muzik Muzik terhenti di sini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN mengesahkan sudah menerima notis penamatan kontrak sebagai pengacara MM36 beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Tidak sampai enam bulan, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengesahkan khidmatnya sebagai pengacara program Muzik Muzik 36 (MM36) bakal berakhir pada hari ini.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, memberitahu dia telah menerima notis perkhidmatan kontrak sebagai pengacara randangan tersebut beberapa hari lalu.

“Ya betul posisi saya sudah digantikan dan notis penamatan kontrak sudah saya terima beberapa hari lalu.

“Cuma saya sangqt terkejut kerana perkara ini berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang notis awal. Malam ini, episod terakhir saya bersiaran bersama MM36,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Meskipun begitu, teraju utama filem Busker itu percaya semua perkara yang terjadi pasti mempunyai alasan tersendiri.

“Walaupun terkejut, saya memahami sekiranya ini merupakan keputusan pihak Media Prima. Saya juga dapat tahu bahawa beberapa program lain turut terkesan dan pengacaranya juga ditukar.

“Apa pun, saya anggap jodoh saya dengan MM36 sampai di sini sahaja. Mungkin tiada rezeki untuk terus bekerjasama, insya-Allah akan ada perkara lebih baik yang Allah SWT janjikan,” ujarnya.

Daiyan bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai selebriti yang bakal menggantikan tempatnya.

Namun, difahamkan nama penyanyi Sissy Iman dikhabarkan bakal menggantikan posisi Daiyan dan mengacara bersama Alif Satar.

Untuk rekod, Daiyan diumumkan sebagai pengacara MM36 bergandingan bersama Alif pada 22 Mac lalu bagi menggantikan dua hos terdahulu iaitu Sherry Alhadad dan Haziq Husni.

Minggu lalu, khabar angin tentang pertukaran beberapa hos program televisyen dan radio di bawah syarikat Media Prima hangat diperkatakan.

Antara program yang menukar pengacaranya ialah Melodi, Nona dan MM36.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelakon Nabila Huda sah diumumkan sebagai pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI