fbpx

Dewan Rakyat: Sampai berpusing tangan penterjemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan penterjemah yang bertugas ketika perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

PETALING JAYA – “Orang yang paling letih aku tengok masa persidangan Parlimen tadi yang dalam kotak kecil tu, berpusing tangan dia,” jelas Epul Rani di Facebooknya hari ini.

Ketika Persidangan Khas Parlimen hari ini, pasti ramai yang tertumpu kepada penterjemah bahasa isyarat yang sedang menterjemahkan perbahasan yang dilakukan Ahli-ahli Parlimen.

Malah, penterjemah itu dilihat tanpa henti dan melakukan tugasnya sebaik mungkin bagi memastikan orang kurang upaya (OKU) mendapat maklumat dan mengetahui apa yang dibahas oleh Ahli Parlimen terlibat.

Rata-rata orang ramai memuji penterjemah tersebut dan ada juga yang melahirkan rasa kesihan dengan tgas yang dilakukan olehnya.

“Dalam sidang kali ini yang saya lihat sign language interpreter ini yang bekerja sepenuh hati, harap dia diberi elaun yang cukup,kesian dia,” ciap @SYnew.

“Betul, aku tengok dia yang paling letih kerja hari ini dah macam muppet bergerak tak henti,” jelas @MrMFN. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI