fbpx

30 doktor kontrak HRPB Ipoh sertai Hartal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 30 doktor kontrak yang menyertai Hartal Doktor Kontrak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hari ini.

IPOH-  Kira-kira 30 doktor menyertai Hartal Doktor Kontrak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Kesemua mereka berhimpun di lobi utama HRPB sebelum berarak keluar kira-kira pukul 11.30 pagi sambil memegang dan menunjuk telefon ke arah orang ramai.

Perarakan berkenaan mengambil masa sekitar lima minit bermula di lobi utama dan berakhir di pintu masuk Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB sebelum bersurai.

Tiada sebarang provokasi atau laungan daripada kesemua doktor kontrak yang terlibat malah perarakan diadakan dalam keadaan senyap serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

Bagaimana pun, cubaan media untuk menemubual mereka dihalang pihak berkuasa dan hanya dibenarkan berada di pintu masuk HRPB.

Sementara itu, perhimpunan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Seri Manjung, dibatalkan saat akhir tanpa sebarang sebab.

Menurut sumber terdapat salah faham mengatakan terdapat perhimpunan Hartal Doktor Kontrak di hospital berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI