fbpx

10,000 penduduk PKPD Pasir Puteh bakal jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kira-kira 10,000 penduduk melibatkan 12 lokaliti yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD) di Pasir Puteh bermula esok hingga 9 Ogos depan akan menjalani ujian saringan Covid-19.

PKPD di kawasan itu dilaksanakan berikutan penularan Covid-19 selepas penilaian risiko oleh pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu melibatkan anggaran 2,000 keluarga itu dari Mukim Bukit Jawa dan Mukim Bukit Abal.

“12 lokaliti itu melibatkan Kampung Selising, Kampung Tok Dir, Kampung Padang Pak Omar, Kampung Alor Hijau,Kampung Bukit Bidang, Kampung Bukit Merbau, Kampung Lepah dan Kampung Barangan.

“Selain itu Kampung Banggol Pak Esah, Kampung Alor Geliong, Kampung Banggol Jenerih dan Kampung Kubang Sawa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, beliau berharap semua penduduk memberi kerjasama merana ujian saringan itu perlu dijalankan dengan segera bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI