fbpx

Norman Hakim ‘belanja’ badan berotot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘TAYANGAN’ otot badan Norman yang mengagumkan ramai peminat.

SELAIN Diva, ramai rupa-rupanya yang kagum melihat tubuh kekar pelakon Norman Hakim yang berotot mantap walaupun usianya kini mencecah 45 tahun.

Bukan apa, bapa kepada enam orang cahaya mata itu masih dapat mengekalkan bentuk tubuhnya ketika zaman bujang, malah fizikalnya kelihatan lebih ‘terletak’ pada hari ini.

Ramai pengikutnya dalam Instagram meninggalkan komen mengagumi tahap disiplin suami Memey Suhaiza itu menjaga bentuk badannya supaya kekal berotot dan tegap.

Malah, ramai juga anak muda yang ingin jadikan Norman sebagai inspirasi dalam aspek menjaga kesihatan tubuh walaupun telah berusia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya itu, Norman memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam badan.

Bahkan Norman sendiri tidak menyangka perkara tersebut boleh terjadi pada dirinya memandangkan dia seorang yang aktif bersenam demi menjaga kesihatan.

Norman yang aktif hari-hari ‘angkat besi’ pun boleh ada masalah kolesterol tinggi, macam mana agaknya Diva yang asyik makan tak berhenti.

DIVA: Nabila Huda menyesal sebab tak pantang betul-betul selepas keguguran, susah nak hamil lagi. Jadikan iktibar semua, jangan main belasah saja ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI