fbpx

Mira Filzah minta maaf tidak dapat bantu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA mengakui hilang punca untuk menjawab luahan peminat yang mengadu tentang permasalahan yang dialami kepadanya buat masa ini.

SEMASA musim pandemik ini, rasanya khalayak pun semakin diperkenalkan dengan sifat sebenar seseorang selebriti pujaan mereka. Ada yang jadi aktivitis, pembakar semangat, pakar motivasi atau apa sahaja yang baik-baik, asalkan bukan api.

Macam yang terjadi pada pelakon Mira Filzah apabila jadi tempat luahan seorang peminatnya tentang kepenatan dengan lambakan kerja sekolah.

Tetapi mungkin sebab Mira pun bukanlah arif sangat tentang ilmu psikologi untuk jadi pakar motivasi. Paling-paling, dia hanya boleh minta supaya individu tersebut supaya bersabar.

Namun tambah Mira, ungkapan ‘bersabar’ itu pun dirasakannya tidak cukup kuat untuk diucapkan pada waktu sekarang. Dia minta maaf sebab tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Kalau tanyakan Diva pun, rasanya itu jugalah jawapan yang boleh Diva berikan iaitu bersabar dan berdoa.

Masing-masing sekarang ini berdepan dengan situasi serupa disebabkan pandemik Covid-19, sampai ramai yang berdepan tekanan perasaan yang bertimpa-timpa.

Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan pulih seperti sediakala.

DIVA: Fattah Amin sendiri dah buka mulut mengakui isterinya, Fazura kini sudah berhijab sepenuhnya. Tahniah Fazura, sudahlah cantik, solehah pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI