fbpx

Bapa penyanyi ditahan lakukan amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Bapa seorang penyanyi wanita terkenal yang juga artis lelaki tahun 80-an ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan sejak Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 3 petang Rabu lalu.

“Kejadian pertama dilakukan terhadap mangsa berusia 14 tahun pada Ogos tahun lalu di kondominium kawan ibu mangsa di Puchong Prima.

“Kejadian itu membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok,” katanya.

Dua lagi kejadian amang seksual fizikal dilakukan oleh suspek yang berusia 65 tahun terhadap mangsa yang masih bersekolah pada Oktober dan November tahun lalu.

“Kejadian tersebut berlaku di rumah suspek di Puchong sebelum sekali lagi terjadi pada Januari tetapi pengadu hanya mendiamkan diri kerana takut.

“Polis menahan suspek terbabit di Balai Polis USJ 8, pukul 11 malam pada Rabu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI