fbpx

TFC belasah Perak 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Terengganu FC (TFC) meraikan jaringan pembukaan Faisal Abdul Halim (tiga,kanan) dalam saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam ini.

KUALA NERUS – Bagaikan melepas geram tidak dapat beraksi pada saingan Piala AFC, Terengganu FC (TFC) membelasah Perak 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Tiga mata yang diraih tersebut membolehkan skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain berkongsi 30 mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

TFC selaku tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-19 hasil tolakan pemain sayap, Faisal Abdul Halim yang menerima hantaran Mohd. Faiz Nasir dari sebelah kiri.

Selang empat minit kemudian, TFC diberikan sepakan penalti setelah Faisal dijatuhkan bek kiri Perak, Muhammad Rafiuddin Roddin sebelum mudah disempurnakan David Da Silva untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Perak terus hilang punca selepas pemain importnya, Charles Machell, tertampan bola ke dalam jaring sendiri sekali gus melebarkan kelebihan 3-0 buat skuad Sang Penyu tiga minit sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, TFC terus menambah tekanan kepada pelawat namun cubaan leret Da Silva pada minit ke-54 terkena tiang ketika penjaga gol lawan sudah pun tertewas.

Hasrat Perak untuk mencari gol saguhati tidak kesampaian sebaliknya TFC menambah gol keempat selepas umpanan Rahmat Makasuf yang berjaya disambar Hakimi Abdullah pada minit ke-72.

Pemain gantian, Nik Akif Syahiran Nik Mat menambah derita Perak hasil sepakan penalti sekali gus melengkapkan pesta gol 5-0 dalam masa kecederaan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI