fbpx

Kehadiran ‘Ultraseven’ di PPV tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Syukur ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bukit Mertajam, baru-baru ini. GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Kehadiran seorang lelaki mengenakan kostum adiwira popular Jepun, Ultraman dengan menaiki kenderaan golf atau buggy menarik perhatian ramai ketika tiba di pekarangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini semalam.

Dia yang mengenakan kostum salah satu karakter Ultraman iaitu Ultraseven kelihatan bersahaja dan sempat melayani orang ramai yang ingin bergambar sebelum menuju ke tempat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Mohamad Syukur Mohd. Patthi, 27, dia teruja apabila dapat mengenakan persalinan kostum adiwira untuk mendapatkan suntikan dos pertama Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu.

“Saya dapat panggilan untuk ke PPV ini saat akhir dan persiapan (memilih kostum) juga dibuat saat akhir.

“Memandangkan belum ada mana-mana penerima vaksin yang memakai kostum Ultraseven setakat ini, maka adiwira itu menjadi pilihan untuk menghiburkan petugas dan orang ramai,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Syukur sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila dia bersama rakan-rakannya yang dikenali sebagai Geng Superhero Penang (GSP) menjual air jagung di tepi-tepi jalan di sekitar Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI