fbpx

Jasmin Hamid masa muda persis Gigi Hadid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMIN digelar sebagai 'Gigi Hadid 90-an’ dan ‘Jennie Melayu’ oleh netizen.

GIGI HADID Malaysia! Itu gelaran yang diberikan netizen kepada pelakon Jasmin Hamid apabila wajahnya ketika muda disamakan seperti model antarabangsa terkenal, Gigi Hadid.

Gelaran tersebut mula timbul apabila potongan drama-drama sekitar 1990-an dimuat naik dalam aplikasi TikTok sehingga tular.

Antara drama Jasmin Hamid yang dikongsi netizen ialah Ragam Menantu dan Boss.

Selain disamakan dengan Gigi, wajah Jasmin juga dikatakan mempunyai iras salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal, BlackPink iaitu Jennie.

Disebabkan drama tersebut, netizen menggelar Jasmin sebagai ‘Gigi Hadid 90-an’ dan ‘Jennie Melayu’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI