fbpx
AARON-Wooi Yik akan turun pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D pukul 5 petang nanti.

Dua pasangan beregu turun berentap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan menggalas cabaran negara pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D menentang wakil Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini.

Perlawanan itu boleh dianggap sebagai aksi wajib menang buat Aaron-Wooi Yik bagi mencerahkan peluang mereka untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan beregu yang berada pada ranking kelapan dunia itu sebanyak dua kali dalam empat pertemuan sebelum ini.

Dalam pada itu, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga akan memulakan aksi pada Olimpik kali ini apabila dijadualkan bertemu pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet bagi saingan Kumpulan D pada pukul 6.20 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI