fbpx

Demam Haseen Dillruba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Bollywood Haseen Dillruba kini popular menerusi Netflix.

PENUH tanda tanya. Itu yang menghantui fikiran sesiapa sahaja yang menonton filem Bollywood terbaharu, Haseen Dillruba.

Naskhah tersebut mengisahkan hubungan sepasang suami isteri iaitu Rani dan Rishu yang sering dilanda badai.

Hubungan mereka semakin rapuh apabila si isteri mula jatuh cinta dengan sepupu suaminya sendiri yang bernama Neel.

Satu demi satu kebenaran terbongkar, terutama apabila Rishu dikatakan telah terbunuh dalam satu tragedi letupan di rumahnya sendiri.

Sejak kejadian tersebut, persoalan demi persoalan tercetus bagi mencari pembunuh dan dalang di sebalik kejadian tersebut.

Lambakan plot ‘twist’ dan jalan cerita tidak klise berbanding filem Bollywood lain dikatakan antara kelainan filem berkenaan sehingga dipuji ramai.

Haseen Dillruba juga beberapa kali menduduki carta Top 10 filem paling banyak ditonton dalam Netflix

Jika mahukan kelainan dan debaran mengisi senggang waktu, tontonlah!

Judul: Haseen Dillruba
Genre: Romantik, thriller
Pelakon: Taapsee Pannu (Rani Kashyap), Vikrant Massey (Rishu), Harshvardhan Rane (Neel)
Durasi: 2 jam 15 minit

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI