fbpx

Syed Saddiq berjaya kumpul RM715,573 dalam masa sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq berjaya kumpul wang jaminan kes mahkamahnya hari ini.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan telah berjaya mengumpul dana bagi membayar wang jaminan serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau berhutang nyawa dengan rakyat Malaysia dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM715,573.77 daripada 9,836 penyumbang.

“‘Saya terhutang budi dengan Malaysia; 24 jam; RM715,573.77; 9,836 penyumbang. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya selamanya terhutang budi.

“Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Jelas beliau, dana yang berjaya dikumpul menerusi kempen ‘Saddiq Tetap Lawan’ itu lebih dari mencukupi untuk membuat bayaran jaminan.

“Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan. Tiada ugutan, tiada intimidasi dan tiada tawaran yang akan melemahkan tekad saya untuk meletakkan Malaysia sebagai yang utama.

“Saya di sini kerana rakyat, jatuh bangun di tangan rakyat, terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua,” ciapnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah, Kuala Lumpur semalam di atas dua pertuduhan iaitu penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta dan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak mengaku bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan kedua dengan masing-masing seorang penjamin.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI