fbpx
Ustaz Yusuf Mansur yang memuat naik video beserta keterangan tentang pemilihan penderma darah buatnya membuatkan netizen menggelar dirinya sombong. -Instagram

Pilih darah Hafiz al-Quran, Ustaz Yusuf Mansur digelar sombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kenyataan seorang pendakwah Indonesia, ustaz Yusof Mansur yang bersyukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah kepadanya hangat diperkatakan netizen, lapor laman Suara.com semalam.

Kenyataan tersebut yang dimuat naik ustaz Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya menyebabkan dia dituduh sebagai sombong dan memilih.

Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.

Dalam hantarannya, ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 orang hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid yang merupakan seorang penderma darah dari  Maghribi.

Menerusi Instagramnya, pendakwah itu memuat naik video dirinya yang sedang terbaring dan memaklumkan tentang keadaan kesihatannya.

“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.

“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa. Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih,” katanya. 

Netizen rata-ratanya meninggalkan komen dengan mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kaedah ‘pemilihan’ penderma yang dibuat ustaz itu.

“Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman,” tulis seorang netizen.

“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa,  namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur. -Agensi

POPULAR