fbpx

Guna helikopter beli nasi ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan nasi ganja. - GAMBAR IHSAN AWANI PERAK

IPOH – Orang ramai di bandar ini gempar apabila sebuah helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh di sini hari ini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah dari sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang mengulas pendaratan helikopter itu berkata, semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh mendapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja.

“Helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini.

“Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Helikopter milik syarikat penerbangan swasta yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan bertujuan untuk mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di bandar raya ini yang dikenali sebagai nasi ganja.

Sementara itu, jurucakap kedai nasi ganja itu yang enggan namanya disiarkan mengesahkan menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada awalnya dia menganggapnya gurauan apabila diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.

“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI