fbpx

Chelsea sedia buat perjanjian dengan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA sudi buat perjanjian dengan Arsenal kerana The Gunners sangat berminat untuk menandatangani khidmat Abraham pada jendela perpindahan kali ini. – AFP

LONDON – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea bersedia untuk merendahkan egonya apabila sudi untuk membuat perjanjian dengan musuh tradisi, Arsenal yang sangat berminat untuk menandata­ngani khidmat penyerang, Tammy Abraham pada jendela perpindahan kali ini.

Sebagai rekod, khidmat Abraham menjadi buruan banyak kelab EPL termasuk Tottenham Hotspur dan West Ham selepas gagal berada dalam peranca­ngan pengurus pasukan The Blues, Thomas Tuchel.

Difahamkan, Chelsea mahukan yuran perpindahan seba­nyak £40 juta (RM231 juta) buat penyerang antarabangsa England berusia 24 tahun itu bagi mengurangkan beban gaji tinggi yang diterima oleh Abraham bernilai £80,000 (RM463,000).

Skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Abraham tetapi mereka tidak mahu melakukan perpindahan secara tetap sebaliknya mahu menguji pemain itu dengan terma pinjaman selama semusim.

Chelsea dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Arsenal sekiranya mereka serius untuk menandatangani khidmat Abraham walaupun secara pinjaman kerana pihak pengurusan sudah bersedia untuk membawa pe­nyerang baharu.

Antara pemain yang dikaitkan untuk berhijrah ke Stamford Bridge musim ini adalah penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland dan penyerang utama Bayern Munich, Robert Lewandowski selain bekas pemain mereka, Romelu Lukaku yang kini bersama Inter Milan.

Chelsea ketika ini hanya memiliki seorang penyerang se­nior selain Abraham iaitu Timo Werner selepas pemain veteran dari Perancis, Olivier Giroud mengambil keputusan berhijrah ke kelab Serie A, AC Milan awal minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI