fbpx

Tanam mayat rakan dalam banglo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek seorang lelaki warga Bangladesh menujukkan lokasi mayat rakan sekerjanya yang di tanam di tapak pembinaan sebuah rumah banglo di Taman Mutiara Galla di sini.

SEREMBAN – Perbuatan jahat seorang lelaki Bangladesh yang membunuh sebelum menanam mayat rakan senegaranya di tapak pembinaan sebuah banglo terbongkar apabila diberkas polis dalam kejadian di Taman Mutiara Galla di sini semalam.

Suspek berusia 29 tahun tersebut diberkas oleh majikannya ketika cuba melarikan diri sebelum dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, soal siasat membawa polis ke tapak pembinaan itu di mana mayat mangsa berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja suspek ditanam.

“Pembunuhan yang berlaku pada pukul 6.30 petang pada 13 Julai lalu itu terbongkar selepas majikan suspek mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa pekerja warga Bangladesh yang sudah lama tidak kelihatan.

“Apabila dia pergi ke tempat kerja mangsa di lokasi pembinaan, suspek cuba melarikan diri dan berjaya ditangkap sebelum di bawa ke balai polis.

“Berdasarkan soal siasat, suspek berusia 29 tahun mendedahkan telah membunuh mangsa dan menunjukkan di mana mayat ditanam iaitu di tempat tinggal mereka di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Mohd. Said, kes tersebut dianggap selesai susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh majikan dan pengakuan daripada suspek

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan masih dalam siasatan bagaimana mereka boleh bergaduh.

“Suspek juga telah menunjukkan kayu yang digunakan untuk memukul mangsa sebelum mayatnya ditanam di kawasan tempat tinggal itu,” katanya yang memberitahu mereka telah tinggal bersama sejak sebulan lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI