fbpx

Sindiket penipuan kempunan cari pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkhairi (kiri) bersama pegawai polis memeriksa dokumen dan barang rampasan ke atas sindiket penipuan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di kawasan Lebuh Medini Utara, Medini, Iskandar Puteri, Johor malam semalam.

ISKANDAR PUTERI – Kegiatan jahat sindiket penipuan jual beli barangan dalam talian (E-dagang) yang baru beroperasi selama seminggu berjaya dihidu pihak polis dalam serbuan sebuah pangsapuri di kawasan Lebuh Medini Utara, Medini, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pada pukul 5 petang itu, tiga lelaki tempatan berusia 19 hingga 23 tahun berjaya diberkas.

Menurutnya, sindiket terbabit dipercayai menyasarkan mangsa warganegara England untuk mendapatkan khidmat jual beli barang Amazon dalam talian yang tidak wujud.

“Sindiket ini baru sahaja menyewa rumah kediaman tersebut pada pertengahan bulan ini dan mereka juga telah merancang untuk bertukar lokasi ke kediaman yang lain untuk menjalankan kegiatan penipuan berpandukan arahan daripada seorang lelaki warga tempatan.

“Ketiga-tiga suspek menyatakan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut dan hanya berhubung melalui WeChat selain akan menerima komisen sebanyak lima peratus daripada jumlah wang hasil menipu mangsa,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 25 buah telefon bimbit pelbagai jenama, enam buah komputer riba, sebuah fail dan serangkai kunci rumah.

Jelasnya, semakan ke atas rekod jenayah mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Sindiket ini juga belum sempat mengaut keuntungan sepanjang tempoh seminggu mereka beroperasi,”katanya.

Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI