fbpx

PPV mega KPJ boleh laksana 5,000 vaksinasi sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – KPJ Healthcare Bhd. (KPJ) telah membuka sebuah Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV Mega) pertama di Mid Valley Southkey, Johor Bahru, Johor yang boleh menjalankan kira-kira 5,000 vaksinasi setiap hari dalam tempoh enam minggu akan datang.

PPV Mega Mid Valley Southkey merupakan PPV Mega ke­dua yang dibuka oleh KPJ.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Ahmad Shahizam Mohd. Shariff berkata, untuk PPV tersebut, sebanyak tujuh hospital di Johor terlibat dalam inisiatif tersebut.

Ia terdiri daripada Hospital Pakar KPJ Puteri, Hospital Pakar KPJ Johor, Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Hospital Pakar KPJ Kluang, Hospital Pakar KPJ Batu Pahat dan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani.

“Pengalaman kami dalam menjalankan PPV Mega di Kuala Lumpur (KL) sangat berharga dan sokongan serta perkongsian pengetahuan mengenai amalan terbaik antara pasukan adalah penting untuk menge­lakkan berlakunya insiden yang tidak diingini di pusat tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Shahizam menjelaskan, selain Mega PPV, KPJ dalam menyokong usaha pemulihan Covid-19 nasional, Kumpulan juga menawarkan klinik bergerak Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) KPJ untuk menjalankan aktiviti vaksinasi di bawah program jangkauan bagi individu, terutama warga emas dan orang kurang upaya di kawasan perumahan B40 di Johor.

Klinik bergerak kini mempunyai keupayaan untuk menyediakan 200 vaksinasi setiap hari dan akan ditingkatkan secara beransur-ansur.

KWAN adalah inisiatif tanggungjawab korporat perdana KPJ yang bertujuan untuk membantu masyarakat miskin dan kurang bernasib baik dalam komuniti bandar melalui rangkaian klinik pesakit luar dan pusat dialisis kami.

Sehingga kini, KPJ mempunyai dua puluh lima PPV yang berdaftar dengan Protect Health Corporation terma­suk PPV Mega di KL dan Johor Bahru serta satu PPV untuk Industri yang terletak di Kuching, Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI