fbpx

Penduduk gempar kilang simpan minyak sawit terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang menyimpan minyak sawit di Nibong Tebal hangus dijilat api tengah malam tadi.

SEBERANG PERAI – Kebakaran sebuah kilang penyimpanan minyak sawit di Sungai Jawi, Nibong Tebal di sini tengah malam tadi menggemparkan penduduk sekitar apabila api yang sedang marak dilihat menjulang ke udara.

Kejadian berkenaan turut mengakibatkan asap tebal dan kebakaran dikatakan dapat dilihat dari Lebuh Raya Utara-Selatan kerana kilang terletak bersebelahan.

Difahamkan kejadian itu tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.34 tengah malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran itu dikatakan membabitkan tempat penyimpanan bahan mentah minyak kelapa sawit yang dianggarkan berkeluasan  kira-kira 4,150 meter persegi.

“Anggaran kemusnahan setakat awal pagi tadi adalah sekitar 60 peratus dan setakat tengah hari ini usaha ‘overhaul’ masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi itu membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal sambil dibantu BBP Sungai Bakap, Perai dan Bayan Baru. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI