fbpx
Ketulan air batu yang dikutip penduduk selepas hujan lebat melanda Tanah Merah petang semalam.

Hujan air batu gemparkan penduduk Tanah Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Penduduk di Tanah Merah digemparkan dengan fenomena hujan air batu yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku selama 10 minit turut disaksikan seorang penduduk, Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 26, di Kampung Alor Pasir di sini.

Menurut Che Siti Nor Azreen, ketika kejadian, dia sedang berehat di dalam rumah dan mendengar bunyi hujan yang kuat tidak seperti kebiasaan.

“Saya terus keluar dari rumah dan melihat hujan lebat bersama ketulan air batu sebesar ibu jari.

“Memang terkejut dengan keadaan itu, kerana ia merupakan kali pertama saya melihat air hujan bersama air batu yang jernih seperti manik,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Che Siti Nor Azreen berkata, meskipun masih terkejut dengan kejadian itu, dia turut mengambil peluang menyimpan ketulan hujan air batu itu.

“Saya sempat mengambil beberapa butir ketulan air batu dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Orang tua pernah berpesan, hujan air batu itu boleh dibuat penawar bagi merawat penyakit.

“Memang teruja kerana ini merupakan kali pertama fenomena seperti ini berlaku dan saya dapat melihat kejadian ini dihadapan mata sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, hujan air batu di Tanah Merah semalam tular apabila terdapat beberapa penduduk merakam video kejadian itu dan memuat naik ke media sosial.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929