fbpx

GET agih lebihan pengunderaitan kepada pemegang sijil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Great Eas­tern Takaful Bhd. (GET) telah menga­gihkan lebihan ­pengu­nderaitan dan hasil keuntungan pelaburan daripada dana Tabarru’ kepada pemegang sijil untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif GET, Shahrul Azlan Shahriman berkata, lebihan pengunderaitan yang akan dibahagikan adalah sebanyak RM 27.1 juta.

Menurutnya, para peme­gang sijil GET yang layak, akan menerima pembahagian lebihan pengunderaitan daripada dana Tabarru’, yang terdiri daripada sumbangan oleh para peserta dengan tujuan untuk membantu antara satu sama lain sekiranya berlaku sesuatu musibah yang tidak diingini.

“Di sebalik cabaran bagi tahun ini, kami masih melakukan yang terbaik untuk pelanggan kami bukan sahaja menyediakan perlindungan kepada mereka tetapi memberikan perlin­dungan bersifat rohani dan juga nilai dengan pemberian lebihan pengunderaitan,” katanya dalam kenyataan.

Shahrul Azlan menjelaskan, hasil daripada keuntungan pelaburan yang akan diagihkan kepada peserta adalah sebanyak RM4 juta untuk tahun berakhir 31 Disember 2020.

Tambah beliau, wang tersebut diperoleh daripada pulangan pelaburan dana Tabarru’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI