fbpx

[VIDEO] Lelaki dakwa antivaksin maki polis direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang tularkan videonya memaki hamun polis direman hari ini.

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap lelaki antivaksin yang tular kerana memaki hamun polis bagi membantu siasatan lima pertuduhan terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, reman terhadap suspek bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Berita berkaitan: Lelaki antivaksin ajak polis ‘berdebat’

“Polis sudah memohon reman terhadap suspek yang berusia 29 tahun itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini selepas dia ditahan malam tadi.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, suspek memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa selepas dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Sri Damansara, dekat sini kelmarin.

Bagaimanapun suspek diberkas di kediamannya di apartmen di Bandar Sri Damansara, kira-kira pukul 10 malam pada hari yang sama dan video kedua-dua insiden itu dirakam suspek dan tular di laman sosial Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI