fbpx

Syed Saddiq hadir Mahkamah KL esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam ini mengesahkan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, esok pagi.

Beliau dalam kenyataan berbentuk video yang dimuat naik di laman Twitter mendakwa, sudah lebih setahun beliau diugut untuk didakwa jika tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Sudah lebih setahun saya diugut untuk didakwa jika tidak menyertai PN. Setiap kali ada undian penting di Parlimen ugutan akan datang. Pada bulan Julai, Disember (tahun lalu) Januari dan kini seminggu sebelum Parlimen bersidang.

“Pada pukul 8.30 pagi saya akan ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk diadili dan pukul 8 malam esok saya akan adakan sidang langsung di Facebook dan Instagram untuk pendedahan lanjut,” katanya menerusi video berdurasi 58 saat sebentar tadi.

Tambahnya, berani kerana benar dan beliau tidak akan pernah menjual jiwa dan prinsipnya kepada PN.

Terdahulu, beberapa portal berita tempatan melaporkan seorang Ahli Parlimen yang juga bekas menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah parti politik bernilai lebih RM1 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI