fbpx
Ebit Lew
Ebit Lew ketika ditemui selepas membuat laporan polis sebentar tadi.

Semua itu fitnah, tidak benar – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membersihkan namanya.

Akhir-akhir ini namanya telah tular berikutan kemasukannya ke Palestin bagi memberi bantuan kemanusiaan di sana.

Kata beliau, semua yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini adalah tidak benar sama sekali dan fitnah.

“Saya akan bagi tahu hal sebenar sikit masa lagi, semua saya akan bagi tahu, saya tidak takut pun, bukti-bukti semua saya ada,” ujarnya kepada pemberita sebentar tadi.

Kata beliau, dia sedih apabila melihat isteri dan anak-anak menangis apabila membaca pelbagai fitnah yang dilontarkan di media sosial mengenai dirinya dan misi ke Palestin.

Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan di media sosial mengenai misi Ebit Lew di Gaza yang menghulur bantuan termasuk perkongsian gambar memberi hadiah kepada kanak-kanak Palestin. – K! ONLINE

Berita penuh menyusul