fbpx

Pengawal tersasul nama landasan, dua pesawat nyaris berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru menara kawalan trafik udara tersasul dengan menyebut nama landasan 09R, sedangkan pesawat United Airlines sepatutnya mendarat pada landasan O9L. – CNN

PARIS – Seorang kru menara kawalan trafik udara nyaris menyebabkan dua buah pesawat berlanggar di sebuah landasan lapangan terbang di Paris apabila tersasul menyebut nama landasan, lapor saluran berita CNN hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di lapangan terbang Paris Charles de Gaulle itu, sebuah pesawat United Airlines Boeing 787 dari New Jersey, Amerika Syarikat sedang membuat persediaan untuk mendarat, manakala sebuah pesawat EasyJet Airbus A320 sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Malaga, Sepanyol.

Pesawat EasyJet pada ketika itu berada pada landasan 09R, manakala pesawat United Airlines pula sepatutnya mendarat pada landasan 09L.

Bagaimanapun, seorang kru pengawal trafik udara tersasul dengan memberi arahan kepada pesawat United Airlines untuk mendarat di landasan 09R.

Juruterbang yang menerima arahan itu lantas menjawab ‘faham’ namun jawapannya itu tidak didengari oleh kru menara kawalan itu yang pada masa sama telah mengarahkan pesawat EasyJet untuk berlepas.

Juruterbang pesawat EasyJet kemudiannya menyedari pesawat United Airlines sedang melakukan penerbangan turun ke landasan yang sama, lantas memaklumkan kru menara kawalan tersebut mengenai perkara itu.

Pesawat United Airlines yang ketika itu sudah pun berada pada ketinggian 91 meter dan 1,300 meter dari penghujung landasan berjaya mengelak daripada berlanggar selepas kru menara kawalan memaklumkan kepada juruterbang, yang dengan segera membatalkan pendaratan.

Kedua-dua pesawat itu bagaimanapun nyaris berlanggar apabila ia hanya berada pada jarak 91 meter antara satu sama lain.

Menurut laporan, pengawal trafik udara tersebut tidak dapat melihat secara langsung keadaan yang berlaku di landasan 09 disebabkan skrin komputer yang rosak.

Selain itu, kru pusat kawalan tersebut juga sedang bekerja pada skrin yang berbeza.

Kru tersebut turut mengakui dia berasa keliru dengan permintaan sebelumnya daripada pesawat berbeza untuk mendarat di landasan 09R, dan bukan lagi 09L yang disebabkan oleh masalah teknikal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN