fbpx
Andrea Meza dinobatkan Miss Universe 2020 pada Mei lalu. - People

Israel tuan rumah Miss Universe 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV – Pertandingan ratu cantik terkenal, Miss Universe 2021 akan diadakan kali pertama di Israel pada Disember akan datang, demikian menurut kementerian pelancongan.

“Saya berharap pada Disember ini, kita bukan sahaja menyambut anjuran perdana pertandingan Miss Universe 2021 di Israel tetapi juga penamat kepada pandemik Covid-19,” kata Menteri Pelancongan, Yoel Razvozov.

Anjuran sesi 2020 Miss Universe dibatalkan berikutan Covid-19 tetapi peserta dari Mexico, Andrea Meza dimahkotakan sebagai pemenang pada Mei lalu dalam satu majlis di Florida, Amerika Syarikat.

Pertandingan pada  Disember ini akan menjadi yang ke-70 dalam siri ini.

Delegasi dari sekitar 100 negara dijangka akan tiba di Israel untuk acara yang akan disiarkan di seluruh dunia.

Presiden Organisasi Miss Universe, Paula M Shugart berkata Israel telah berada dalam senarai pendek tuan rumah selama bertahun-tahun kerana kepelbagaian budayanya.

Pertandingan telah mengundang kritikan pada masa lalu kerana menjadikan kecantikan peserta sebagai objektif utama.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penganjur  telah mengubah imejnya dan lebih memfokuskan pada pembudayaan dan aktivis wanita. – Agensi

POPULAR