fbpx

Alas perut makan nasi dengan budu, kicap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rahim (kanan) menghulurkan bantuan bakul makanan kepada Mohd. Kamal (tengah) di Kampung Duyong Kecil, Kuala Terengganu semalam.

Raya Aidiladha semalam disambut secara ala kadar oleh keluarga Mohd. Kamal Ariffin, 48, di Kampung Duyong Kecil di sini.

Kehidupan bapa tujuh anak itu mulai suram sejak dia terlibat dalam kemalangan motosikal tiga tahun lalu sehingga menjadi orang kelainan upaya (OKU).

“Kemalangan berlaku ketika saya bekerja sebagai penghantar ikan di Pasar Borong Gong Pauh di sini pada 2018.

“Akibatnya, saya patah kaki kanan dan sejak itu, kaki saya tidak sembuh sehinggakan menyukarkan diri untuk menyara keluarga sedangkan isteri (Nadiana Samion) pula cuma suri rumah,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, keluarga Mohd. Kamal disantuni Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, Abd. Rahim Abd. Rahman yang meng­hulurkan bantuan bakul makanan.

Mohd. Kamal berkata, kesusahan yang dihadapinya mendapat perhatian apabila sewa rumahnya ditanggung Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Lelaki itu turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM900 sebulan.

Begitupun, bapa kepada tujuh anak berusia satu hingga 15 tahun itu mengakui mereka perlu berjimat cermat setiap bulan.

“Kami hidup ala kadar dan kadangkala terpaksa mengalas perut dengan makan berlaukkan budu atau kicap. Saya akui pernah menitiskan air mata ke­rana sedih apabila tidak dapat memberi keselesaan kepada keluarga.

“Apa pun, saya sentiasa pesan kepada isteri dan anak-anak agar jangan sesekali merungut, terus berdoa semoga ada sinar buat kami suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Abd. Rahim berkata, keluarga Mohd. Kamal sebahagian daripada 100 keluarga murid SK Duyong yang menerima sumbangan bakul makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI