fbpx

Vaksin Sinovac, Pfizer sama berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham menunjukkan tanda bagus bagi memperlihatkan keadaan dirinya yang sihat sehari selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.- Foto FB Noor Hisham

PETALING JAYA – Data perubatan berhubung pengunaan vaksin Sinovac dan Pfizer menunjukkan kedua-duanya mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada 7 Julai lalu “New England Journal of Medicine” menerbitkan laporan tentang pengalaman Chile menggunakan vaksin Sinovac dari Februari hingga Mei 2021.

“Laporan itu melihat kepada seramai 4.2 juta orang lengkap divaksin berbanding 5.5 juta penduduk tidak divaksin.

“Sinovac didapati mengurangkan 65.9 peratus jangkitan Covid-19, mengurangkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ICU (90.3 peratus) dan mengurangkan kematian (86.3 peratus),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, Noor Hisham berkata, tiada banyak beza antara vaksin
Sinovac dan Pfizer kerana kedua-duanya sangat efektif dalam mencegah jangkitan yang teruk. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI