fbpx

Rebecca bersyukur suami kembali sihat, sudah pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REBECCA bersama suaminya, Norazam Sulaiman.

PETALING JAYA – Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam apabila suaminya, Norazam Sulaiman yang dijangkiti Covid-19 akhirnya sembuh dan dapat pulang ke rumah dalam keadaan baik dan menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Rebecca berkata dia sangat bersyukur kepada Allah SWT apabila doanya didengari agar suami kesayangan diberikan kesembuhan.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT dengan limpah dan kasih sayangNya. Suami saya, syurga saya sudah pulang ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah syukur,” tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar #DoakuDidengariAllah dan #DoaSangIsteri.

Selain itu, Rebecca juga tidak lupa memberikan ucapan terima kasih buat keluarga, teman dan kenalannya yang mengikuti perkembangannya dalam media sosial dengan berdoa untuk kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih buat semua keluarga, teman, kenalan dan semua pengikut saya dalam media sosial yang tidak putus-putus berdoa untuk suami saya dan keluarga.

“Terima kasih. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala doa anda buat kami sekeluarga,” ujarnya.

Rebecca juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menghantar makanan, ubat-ubatan, bunga dan hadiah di depan rumahnya sebagai tanda mengambil berat terhadap musibah yang berlaku dalam keluarganya.

Dalam hantaran tersebut, Rebecca turut berkongsi sekeping gambar dia memeluk erat suaminya selepas lelaki itu beransur sihat dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

“Alhamdulillah. Ini suami saya yang sudah beransur sihat. Cuma cepat penat, jadi tidak boleh banyak bercakap.

“Doktor kata harus berehat dengan tenang dan tidak diizinkan untuk melakukan apa-apa kerja,” jelasnya.

Menerusi hantaran berbeza, Rebecca turut bersyukur apabila memaklumkan bahawa anak-anaknya seramai enam orang sihat sepenuhnya dan berada dalam keadaan baik.

“Syukur anak-anak saya sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! pada 8 Julai lalu melaporkan Rebecca berkongsi berita mengenai seluruh ahli keluarga termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19 kecuali dirinya sendiri.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa dimasukkan ke sebuah Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta di sebuah hotel di ibu negara untuk mendapatkan bantuan oksigen ekoran keadaanya kesihatannya semakin buruk.

Selepas dua hari seluruh keluarganya disahkan positif Covid-19, Rebecca yang disahkan dijangkiti wabak tersebut bagaimanapun hanya menjalani kuarantin di rumah bersama lima anak dan enam pembantu rumahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI