fbpx

Polis ‘sekolahkan’ pengguna ekzos bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang penunggang motosikal yang dikenakan 'hukuman' oleh seorang anggota polis.

PETALING JAYA – Pengguna laman sosial menyokong tindakan yang dilakukan oleh seorang anggota polis yang telah ‘menghukum’ seorang penunggang motosikal yang menggunakan ekzos bising.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV, kelihatan seorang anggota telah ‘meletakkan’ kepala lelaki terbabit berdekatan ekzos motosikal miliknya sendiri.

Pada masa sama, anggota tersebut telah ‘memerah throttle minyak’ sehingga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu dirakam, namun difahamkan ia sekitar negeri di sebelah Kepulauan Borneo berdasarkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Susulan tular klip video berdurasi empat saat itu, rata-rata pengguna laman sosial telah meninggalkan pelbagai komen dan reaksi yang menyokong tindakan yang dilakukan anggota itu.

“Elok pun kena sekolahkan, manusia jenis macam ini ingatkan dia terlampau hebat dan ego, semoga menjadi pengajaran pada yang punya kenderaan seperti ini,” tulis Anuar Anuar.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhamad Aidil Mazlan.

“Memang patut pun polis buat hukuman macam ni dekat orang yang buat ekzos terlalu bising ni. Tu makan dia, baru dia rasa apa yang orang lain rasa,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI