fbpx

Neon Band akui tumpang tuah lagu popular TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN NEON BAND

MENGAMBIL  situasi ‘menang-menang’, Neon Band yakin single baharu mereka, Aku Budak Boy yang menjadi lagu ‘jawapan balas’ terhadap single Aku Budak Girl nyanyian bintang TikTok Suekhaizhar sebagai memberi faedah buat kedua-dua pihak.

Vokalisnya, Boy atau nama sebenar Mohd Firdhaus Mahadzir, 33, berkata, mereka tidak terkesan andai dikatakan menumpang populariti lagu TikTok memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan.

“Dalam bidang muzik, kita kena bijak untuk buat keputusan. Sebagai contoh, kalau kami keluar lagu lain ketika saya pula masih baharu pasti lebih sukar untuk mendapat tempat.

“Jadi, apa boleh dikatakan kami memang menumpang populariti lagu yang sudah tular, tetapi secara positif.

“Kami membawakan lagu ini dengan versi tersendiri. Kalau lagu asal nyanyian Suekhaizhar dikecam, saya yakin untuk versi Aku Budak Boy akan digemari pendengar, sekali gus mengubah tanggapan awal terhadap dendangan asal yang menjadi inspirasi kami.

“Sebenarnya kami mahu bagi orang dengar kekuatan lagu ini dan secara tidak langsung menerusi penerbitan lagu Aku Budak Boy, sudah pasti lebih ramai penggemar muzik ingin kembali mencari lagu Aku Budak Girl,” kata Boy.

BIARPUN disifatkan menumpang populariti lagu Aku Budak Girl, Neon Band harap versi Aku Budak Boy menjadi dimensi positif buat peminat.

Selain Boy yang baharu menyertai Neon Band menggantikan vokalis asal yang bergerak solo, kumpulan berkenaan turut dianggotai Adam selaku pemain gitar, Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).

Sepanjang lima tahun dalam arena muzik, kumpulan bawah pengurusan Nova Music itu pernah tampil dengan empat dendangan, antaranya Cinta Yang Telah Mati dan Hingga Akhir Nanti yang sebelum ini pernah dipilih menjadi lagu runut bunyi sebuah drama.

Terdahulu, Aku Budak Girl menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video sohor kini dalam YouTube untuk satu tempoh yang panjang, manakala video lirik pula mencecah sebanyak 3.8 juta tontonan.

Selain mengenengahkan susunan muzik yang baharu, Aku Budak Boy disifatkan unik kerana ini menjadi pentas memperkenalkan vokalis baharu mereka, Boy yang juga merupakan bekas peserta program reality Suara Viral (SV).

NEON BAND anggap penerbitan lagu Aku Budak Boy sebagai satu pilihan bijak untuk menangkap perhatian khalayak dengan kadar segera.

“Selepas tamat program Suara Viral saya ada berjumpa Lan Adlie yang ajak rakamkan single solo. Ada beberapa lagu tapi tak kena dengan jiwa tambahan pula saya nak bersama sebuah kumpulan. Kebetulan jumpa dengan Neon Band, jadi di situ saya bermula.

“Lagu ini sepatutnya dilancarkan selepas hari raya puasa lalu tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang baru dapat direalisasikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI