fbpx

[VIDEO] Ini Muhyiddin Yassin ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menerima agihan daging korban daripada Muhyiddin Yassin hari ini.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke rumahnya untuk mengagihkan daging korban hari ini.

Mungkin kerana terkejut atau terlalu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu, kanak-kanak tersebut dengan ‘selamba’ memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Muhyiddin Yassin.

“Ini Muhyiddin Yassin ke?” jelas kanak-kanak lelaki tersebut sambil mengambil bungkusan daging yang diedarkan oleh Perdana Menteri itu.

Menerusi klip video tersebut, Muhyiddin turut menyapa dengan bertanyakan khabar keluarga kanak-kanak tersebut yang berada di dalam rumah terbabit.

Reaksi spontan kanak-kanak itu telah menarik perhatian pengguna lain di Facebook dan mereka telah meninggalkan beberapa komen pada hantaran tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Bella Park berkata, kanak-kanak lelaki itu mempunyai adab yang baik kerana menegur Perdana Menteri dengan panggilan tersebut.

“Tapi bagus dia kenal walaupun dia tidak tahu nak panggil pangkat apa dekat depan-depan. Nak sebut pak cik macam tak kena. Tapi dengar cara bercakap beradab budaknya. Terbaik adik,” jelasnya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI